CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

♥ OUR LOVE ♥

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, March 8, 2011

LAWATAN ILMIAH KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS™

Best Blogger Tips

Sudah sekian lama rasanya, saya tidak mengupdate belog terchenta ini.  Maklumlah fenomena kesibukan melanda diri, bukan saya saja rasanya, malah kesemua guru pelatih.  Hanya pengurusan masa yang berkesan memudahkan jalan cerita kehidupan masing-masing. . .
Kisah kali ini yang ingin saya kongsikan pada kali, berkait dengan pengalaman saya ke sekolah kanak-kanak berkeperluan khas di Sekolah Tunku Ampuan Azizah, Kuantan. Tanggal 16 hingga 18 Febuari 2011 merupakan tarikh keramat yang membuka minda kami semua siapa sebenarnya kanak-kanak berkeperluan khas.  Hakikatnya, mereka tidak minta dilahirkan begitu, namun hanya menumpang di sudut dunia.  Istimewanya, kekurangan yang mereka miliki sentiasa membuka mata dan minda kita bahawa pentingnya sifat sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan Ilahi.

Aktiviti yang berlangsung sekitar lawatan:

16 FEBUARI 2011


Pensyarah Pengiring.  Keletah dalam bas.  Ammar yg gyle kamera. Hee^^


Cik Siti mata besar. Jejaka & Puteri Pra :)

17 FEBUARI 2011

LAWATAN KE SK TUNKU AMPUAN AZIZAH

Sebelum. Semasa. Selepas lawatan.  Sangat bermakna ^^


Stesen Matematik Pend Khas




Stesen Bahasa Melayu




Stesen Sains, Sosial dan Alam Sekitar


Stesen Kemahiran Hidup: stesen paling menyeronokkan!




Stesen Agama. Hee ^^ 

Sedikit ulasan/ pandangan setelah melalui pengalaman bersama kanak-kanak berkeperluan khas:   
Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara optimum.

 Setelah penat lelah seharian bersama mereka, kami sempat makan angin di sekitar Kuantan.   

Lokasi:  EC Mall dan Berjaya Mall.  
Aktiviti:  Bowling, Facial, Lepaking dan BBQ ^^ 


Puteri Comel Prasekolah. Proven!

  Hee^^  Korang rasa?


Sekitar game bowling & BBQ.  Best^^ 

18 FEBUARI 2011 

 LAWATAN KE PUSAT ANAK PERMATA NEGARA, FELDA CHINI TIMUR



 Penghias banner ^^

 

Tamat jua akhirnya lawatan kami. Very meaningful :)

Sedikit ulasan/ pandangan setelah melalui pengalaman bersama kanak-kanak Permata Negara:

Kanak-kanak pada tahap ini sentiasa mahu tahu dan teruja dengan perkara baru malah mereka juga mudah menerima dan meniru apa yang dilakukan orang dewasa.  Justeru kita perlu membimbing dan mendidik mereka dengan sewajarnya.  Peranan ibu bapa dan pengasuh adalah menyediakan persekitaran kondusif bagi membolehkan anak-anak mereka melalui proses pembelajaran yang sempurna.

Kesimpulannya, segala pengalaman, penimbaan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang baru memberi seribu makna buat kami semua.  InsyaAllah segala apa yang dilalui sentiasa tersemat dalam diri menjadi bekalan apabila menjadi guru kelak :)

PEACE.LOVE.HAPPINESS


 

3 ulasan:

MUHAMMAD SUKRI SUPI said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

assalamualaikum wr. wbt...

perkongsian pengalaman yang menarik. namun setelah dibaca entri ini mungkin ada sedikit ralat berkenaan tarikh 16-18 MAC 2011..tarikh post entri 8 MAC 2011. macam mana tarikh yang belum lepas telah jadi pengalaman??confius nie..

chuna said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pengalaman yang bermakna utk dikongsi.. t update lawatan g KL plak ye.. hee..:)..

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nice blog check out my arcade site!

[url=http://blackpenguin.net]free games[/url]