CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

♥ OUR LOVE ♥

Daisypath Friendship tickers

Monday, January 17, 2011

PRA 3110: KERTAS KERJA PERANCANGAN PENUBUHAN PRASEKOLAH. PART 1

Best Blogger Tips

Beberapa hari yang lepas, saya menerima cadangan daripada rakan PRASEKOLAH, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN supaya menyediakan contoh/ format kertas kerja penubuhan Prasekolah.


Berdasarkan perbincangan di atas, hari ini saya berkesempatan untuk menyediakan notanya.  
*Maafkan saya jika tidak selengkap mana, namun harap dapat membantu rakan-rakan seperjuangan :) *
***************************************************************************************************************
Perancangan merupakan satu proses untuk mengenal pasti keperluan bagi pelaksanaan sesuatu aktiviti atau pertubuhan.  Ianya juga merupakan proses yang pertama memerlukan tumpuan khusus dan kemahiran bagi memastikan kesemua aspek diteliti.  Oleh itu, sebelum menyediakan premis prasekolah, semestinya kita perlu membuat perancangan yang sesuai sebagai langkah bijak.  Langkah yang utama adalah menyediakan kertas kerja.

Berikut merupakan contoh format kertas kerja penubuhan prasekolah dan isu-isu utama yang saling berkait dengan penubuhan.

KERTAS KERJA PENUBUHAN PRASEKOLAH

1.0  LATAR BELAKANG
>Menyatakan keperluan pendidikan pra dalam negara Malaysia
>Kepentingan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak
  -Pendidikan Asas (seimbang & harmoni)
  -Persediaan fizikal, mental, sosial, emosi sebelum persekolahan formal
2.0  RASIONAL
>Mengapa peru menubuhkan prasekolah?
  Contoh:-Pendidikan kurikulum tambahan lain daripada lain.
               -Kurikulum selaras kehendak negara dan pembangunan modal insan
               -Yuran yang rasional dsb
>Apa signifikan prasekolah yang hendak ditubuhkan?
3.0  NAMA, VISI & MISI PRASEKOLAH
>Memberi nama prasekolah yang bermakna (pemberian nama prasekolah mempunyai syarat-syarat tertentu) *Nota akan disediakan di lain waktu :)*
>Visi:  Matlamat Jangka Panjang
> Misi:  Pernyataan yang lebih terinci dalam menjayakan visi
4.0  OBJEKTIF PENUBUHAN
>Pecahan-pecahan jangkaan atau harapan bagi menjelaskan tujuan penubuhan prasekolah
5.0  LOKASI
>Berikan alamat penuh premis (Juga terdapat lokasi yang sesuai dan tidak sesuai untuk penubuhan prasekolah)*Nota akan disediakan di lain waktu :)*
6.0  PELAN LANTAI
>Draf lukisan menunjukkan skala betul & tepat
>Usaha penggunaan komputer
>Bahagian dalaman:  Tampak dengan jelas pembahagian kawasan P&P, meja kanak-kanak, sudut P&P, dapur, tandas dan kemudahan lain.
>Bahagian luar:  Tampak dengan jelas sudut permainan, sudut pasir/ air dan lain-lain.
7.0  KURIKULUM & PROGRAM PEMBELAJARAN
>Mesti menggunakan kurikulum asas (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, KSPK 2009)
>Menyediakan kurikulum tambahan
>Menyertakan jadual pembelajaran
>Menggunakan buku-buku khas/ alat bantu belajar yang digunakan
>Nyatakan jika ada program tambahan seperti majlis hari jadi, hari terbuka, majlis konvokesyen dan sebagainya.
8.0  ASPEK PEMAKANAN
>Nyatakan prinsip-prinsip penyediaan makanan ( menunjukkan kualiti pemakanan kanak-kanak)
>Bagaimana bentuk penyediaan makanan. Bermasak? Ditempah?
>Menyertakan menu makanan harian dalam seminggu
>Menyatakan jika ada keistimewaan dalam menu makanan yang disediakan 
9.0  ASPEK KEBERSIHAN & KESELAMATAN
>Menyatakan langkah-langkah menjaga kebersihan kawasan prasekolah
>Langkah-langkah kebersihan:  Panduan cuci tangan, menggosok gigi dll
>Langkah-langkah keselamatan:  Kawasan persekitaran tiada benda tajam/ licin, pengawasan dari kawasan jalan raya dll.
10.0  KOS PENUBUHAN
>Kos bangunan
>Kos penyediaan sudut-sudut pembelajaran (alat bantu mengajar)
>Kos taman permainan/ kawasan kanak-kanak memperoleh pengalaman
11.0  STAF
>Menyatakan berapa orang staf
>Menyediakan carta organisasi staf
>Kelulusan pendidikan staf
>Program pembangunan profesionalisme staf (kursus dll)
12.0  PENUTUP
>Menyatakan harapan kertas kerja diangkat bagi kelulusan
>Menyatakan harapan sokongan daripada pihak yang dipohon
>Menyediakan aspek kepentingan pendidikan awal kanak-kanak kepada negara.

LINK KE >> PART 2 

2 ulasan:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bole tak nak copy proposal ni...

Peanut said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

assalamualaikum..

boleh ke nak mintak copy proposal nie? trima kasih :)