CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

♥ OUR LOVE ♥

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, October 26, 2010

Emosi Kanak-Kanak

Best Blogger Tips
PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK (PRA3107)
BAB 6
1.0  Kecerdasan Emosi
  • Konsep IQ dan Konsep EQ
  • Kompetensi Kecerdasan Emosi
2.0  Perancangan Aktiviti Perkembangan Emosi
  • Aktiviti yang menarik
  • Bahan Bantu Mengajar
1.0  KECERDASAN EMOSI 
Emosi seperti gembira, sedih, marah dan sakit mempelbagaikan kehidupan disamping membentuk sikap dan personaliti dan mengerakkan arah kehidupan seorang manusia.
Perkataan emosi ini berasal daripada perkataan Greek “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”. Maka untuk itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. Menurut Mohmood Nazar Mohamad (1992), emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan bebeerapa perubahan proses fisologi, diri dan psikologi.

1.1  Konsep IQ dan EQ

Perbezaan umum antara IQ dan EQ
Kecerdasan intelektual (IQ) membolehkan seseorang untuk belajar di universiti dan kolej atau pun memegang jawatan profesional. Bagaimanapun, ia bukanlah satu jaminan yang seseorang manusia yang bijak dan pandai akan sejahtera dalam hidup. Kemahiran mengawal dan menggunakan emosi (EQ) secara bijak sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menjamin kesejahteraan hidup seseorang.
1.2  Kompetensi Kecerdasan Emosi 
Menurut Salovet dan Mayer (1997), EQ ialah kebolehan untuk mengawasi dan mengendali diri sendiri dan orang lain dari segi perasaan dan emosi.
Ciri-ciri Kecerdasan EQ:
  • Memahami perasaan orang lain
  • Boleh berkomunikasi dengan baik
  • Mempunyai perasaan kasih sayang
  • Boleh mengawal emosi
  •  Peramah dan suka berkawan
Ciri-ciri di atas tidak boleh diukur dalam diri kanak-kanak, tetapi ianya boleh dikenalpasti melalui kecerdasan pelbagai Gadner bahagian interpersonal dan intrapersonal.
Kecerdasan EQ kanak-kanak boleh dibentuk melalui domain-domain tersebut:
  • Mengenali Emosi Sendiri
  • Mengurus Emosi Sendiri
  • Memotivasi Emosi
  • Mengenali Emosi Orang Lain
  • Mengendali Perhubungan
Namun, dalam usaha memupuk kecerdasan EQ sentiasa berkembang selaras dengan proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah, skop domain dikecilkan kepada 3 bahagian iaitu:
Domain Kecerdasan Emosi Kanak-Kanak
2.0  PERANCANGAN AKTIVITI PERKEMBANGAN EMOSI 

2.1  Aktiviti yang menarik 
Setiap individu perlu diajar dan dibimbing cara-cara mengawal perasaan marah, kurang sabar dan agresif dengan menggunakan cara yang positif. Di antara cara-cara mengawal emosi agar sentiasa stabil dan sederhana, kita semua boleh mencuba beberapa perkara seperti mengenal emosi diri sendiri, mengurus emosi diri sendiri, mengenali emosi orang lain, memotivasikan emosi yang negatif dan mengendalikan perhubungan melalui komunikasi.

Banyak aktiviti yang menarik belajar sambil bermain boleh guru-guru lakukan dalam membantu kanak-kanak mengenali dan memahami emosi sendiri dan emosi orang lain.  
Kepentingan bermain kepada perkembangan sosio emosi kanak-kanak:
Kepentingan aktiviti menarik seperti bermain kepada perkembangan emosi kanak-kanak
2.2  Bahan Bantu Mengajar
Banyak bahan bantu mengajar yang dapat dijadikan peralatan untuk mengajar kanak-kanak mengenal dan memahami emosi.  Guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam mereka pengajaran agar kanak-kanak memperoleh pembelajaran bermakna.
Kesimpulannya, bab ini mengutarakan perbezaan konsep IQ dan EQ seseorang.  Guru perlulah memahami konsep perbezaan ini dalam menyediakan diri dengan perbezaan individu kanak-kanak selain bersedia dengan aktiviti dan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap perkembangan dan pengetahuan sedia ada kanak-kanak.  Hal ini menjamin perkembangan sosioemosi kanak-kanak dan semua aspek seperti jasmani, rohani, kognitif dan sosial.
RUJUKAN:
-Nota Pensyarah Jab Ilmu Pendidikan IPG Kampus Dato' Razali Ismail
-http://impreschoolteacha.blogspot.com/2009/09/permainan-yang-merangsang-perkembangan.html
-http://apexsoad.blogspot.com/2010/10/perbezaan-iq-dan-eq.html







Read more...

Sunday, October 24, 2010

Exam Tiba Lagi?!

Best Blogger Tips
Salam ukhuwah...
Nampaknya... tibalah saat-saat yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar IPG seluruh Malaysia.. Minggu peperiksaan!!  Sangat mengujakan untuk exam kali ini, lebih-lebih lagi berdekatan dengan sambutan perayaan bagi dua agama terbesar di Malaysia iaitu Hari Raya Aidiladha bagi yg beragama islam dan Happy Deeepavali bagi yang beragama Hindhu...

Ha... berbalik pada topik asal, peperiksaan a.k.a exam.. Haiyaa... saya dah biasa dah study last minute ni.. Banyak group yg kat fesbook tu cipta group untuk student macam saya ni. huhu.. contohnya mcm group PERSTULAM (Persatuan Study Last Minute).... huhu.. Walau apapun, saya kena buat yg terbaik jugak untuk exam..

Di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan all the best, selamat maju jaya dan good luck!! buat semua rakan-rakan yang akan menduduki peperiksaan... Semoga semester kali ini memberikan banyak ilmu, kemahiran dan pengalaman baru buat kita semua, terutama PISMP Sem 4 ye.. Sem depan kita dah mula berpraktikum... Buat my besties: anak uncle Hamadi, Nadira Anis Sharina and all my sayangness especially En Senyum shaye ;), my classmate Prasekolah Buat Yang Terbaik!!, budak2 batch sem 4 dan seluruh pelajar IPG Kampus Dato' Razali Ismail..  Wish u all da best!!!

Sekian, dari shaye: nfa89




Read more...

Friday, October 22, 2010

ASSIGMENT PRA3108

Best Blogger Tips

Pada 16/8/2010 yang lalu, unit PISMP Prasekolah telah menerima tugasan kerja projek mengenai subjek ini. Objektif projek ini adalah kami perlu membuat kajian terhadap Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dalam tunjang kerohanian, sikap dan nilai.

Menurut Imam Al-Ghazali, kanak-kanak adalah umpama permata yang belum dibentuk. Ibu bapa adalah bertanggungjawab untuk membentuknya menjadi berkilau. Dalam era globalisasi, ibu bapa tidak lagi bersendirian mendidik anak-anak. Sebahagian besar tugas ibu bapa kini dikongsi bersama guru-guru di prasekolah, tadika dan sebagainya. Justeru, pembentukan sahsiah individu seperti penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai perlu disemai secara terancang oleh guru-guru prasekolah dalam melazimkan kanak-kanak dengan amalan Kerohanian dan Moral yang baik untuk membentuk modal insan yang holistik dan berdaya tahan.

Oleh itu, tugasan ini memerlukan kami mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber mengenai teori-teori perkembangan kerohanian kanak-kanak mengikut agama , teori perkembangan moral oleh Jean Piaget dan Kohlberg.

Antara sumber yang kami perolehi antaranya dari buku tersebut:

Buku ini praktikal dan sesuai bagi panduan para guru, pengasuh dan juga ibu bapa dalam proses mendidik kanak-kanak supaya menjadi insan beradab dan berpendidikan.

Walaupun setiap kanak-kanak itu unik dan mempunyai potensi yang berbeza-beza, namun proses perkembangan adalah sama bagi setiap kanak-kanak. Ianya melibatkan 4 aspek utama iaitu perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Setiap perkembangan yang berlaku kepada kanak-kanak adalah saling mempengaruhi dan berkait dengan kerohanian.

Teori Perkembangan Moral Kanak-Kanak 

1.  Teori Psikoanalisa (Sigmund Freud)
    -Definisi moral bagi Freud adalah merangkumi aspek-aspek seoerti bertanggungjawab pada sesuatu tingkah laku, mematuhi peraturan dan undang-undang, membuat keputusan dan penilaian moral yang bersesuaian.  Beliau berpandangan, pertumbuhan moral kanak-kanak berkembang sejajar dengan perkembangan jasmani, kognitif dan emosi mereka.  Dalam teori psikoanalisa, pengalaman awal kanak-kanak dan desakan dalaman mempengaruhi tingkah laku mereka menjadi fokus utama.  Desakan-desakan dalam diri ini terdiri daripada id, ego dan superego.  Ketiga-tiga desakan ini akan mempengaruhi individu itu.
    Desakan-desakan dalaman yang harus diperhatikan oleh ibu bapa dan guru dalam membentuk perkembangan kerohanian moral kanak-kanak.


    TEORI PERKEMBANGAN MORAL










    Peringkat Permbangan Moral Individu (Saya nyatakan sebagai panduan utk kanak-kanak sehingga 12 tahun sahaja-masih ada beberapa peringkat lagi)
    Teori Freud menegaskan tentang pentingnya interaksi awal kanak-kanak dengan ibu bapa.  Beliau juga menerangkan mengenai unsur-unsur dalaman yang merangsang tingkah laku dan cara bertindak anak dengan persekitaran yang menjadi penentu moraliti individu.

    2.    Teori Kognitif (Jean Piaget)

    -Perkembangan moral berkaitan dengan aturan-aturan dan ketentuan tentang apa yang seharusnya dilakukan oleh orang dalam berinteraksi dengan orang lain. Kebanyakkan pakar mempelajari tentang bagaimana anak-anak kita berfikir, berkelakuan dan menyedari tentang aturan-aturan tersebut. Terdapat dua kajian yang dilakukan oleh Piaget (1932) mengenai perkembangan moral kanak-kanak dan remaja iaitu membuat pemerhatian terhadap sejumlah kanak-kanak yang bermain sambil mempelajari bagaimana mereka bermain dan memikirkan tentang peraturan-peraturan permainan. Selain itu, Piaget menanyakan kepada kanak-kanak tentang natijah-natijah apabila kanak-kanak melakukan kesalahan seperti mencuri, berbohong, hukuman dan keadilan.

    Hasil daripada kajian beliau, Piaget menyimpulkan bahawa kanak-kanak berfikir dengan dua cara yang sangat berbeza mengenai perkembangan moral kerana pemikiran ini bergantung kepada tahap perkembangan mereka. Dua cara tersebut ialah Heteronomous Morality dan Autonomous Morality.

    Penerangan ringkas mengenai Teori Perkembangan Kognitif-Moral Piaget

    3.  Teori  Perkembangan Moral (Lawrence Kholberg)

    -Teori perkembangan moral Kohlberg (1986) lebih memfokuskan kepada penaakulan moral peringkat awal remaja dan dewasa. Beliau berpandangan bayi dan kanak-kanak masih tidak mampu menaakul dan mencapai nilai moral yang sebenar. Kohlberg menekankan bahawa perkembangan moral didasarkan terutama pada perkembangan moral dan perkembangan berlaku secara peringkat iaitu daripada awal remaja sehingga dewasa.

    Penaakulan moral bergantung kepada perkembangan akal dan keupayaan menaakul seseorang. Oleh itu, keupayaan menaakul berkembang seiring dengan perkembangan logiknya. Penaakulan moral Kohlberg terbahagi kepada tiga peringkat dan setiap peringkat dipecahkan kepada dua tahap.

    Teori Penaakulan Moral Kohlberg



    Setelah selesai tugasan mengenai penghasilan teori perkembangan moral, saya perlu menyediakan bahan bant mengajar yang sesuai untuk mengajar topik Asas Bahasa Al-quran dan Moral.
    Bahan bantu mengajar yang saya sediakan adalah carta bergambar huruf hijaiyah, kad imbasan huruf jawi dab nombor dalam bahasa arab serta bahan multimedia seoerti audio dan video huruf hijaiyah dan bacaan surah-surah lazim.

    Gambaran keseluruhan imej Kiosk 4

    Gambar sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di Prasekolah Al-Falah berlangsung menggunakan bahan bantu mengajar saya.

    Gaya penulis sewaktu sedang mengajar kanak-kanak prasekolah (memang enjoy habis!!)
    Giliran anees pula mengajar (cikgu yg sangat comel dan cute~)
    Gaya murid-murid Prasekolah Al Falah yang begitu bersungguh-sungguh menyanyi. 

    video
    Video mengajar huruf hijaiyah


    Begitulah sedikit sebanyak nota, panduan dan kisah yang dapat dikongsikan untuk kali ini bagi assigment PRA3108.

    Read more...

    Wednesday, October 20, 2010

    ASSIGMENT PRA3106

    Best Blogger Tips
    Apa yang ingin saya kongsikan pada kali ini adalah maklumat mengenai tugasan pra kreativiti (pra3106).  Tugasan saya dilakukan secara berkumpulan.  Persediaan yang saya lakukan sebelum melaksanakan tugasan ini adalah menyediakan nota-nota ringkas mengenai konsep perkembangan kreativiti dan estetika.  Kemudian, melaksanakan persembahan teater kanak-kanak  yang menggabungkan elemen-elemen kecerdasan pelbagai dalam membentuk kanak-kanak yang kreatif.  

    Saya akan kongsikan pengalaman saya mengikut peringkat sebelum, semasa dan selepas dalam menghasilkan tugasan ini ;)

    SEBELUM
    -Sebelum melaksanakan persembahan teater kanak-kanak, saya perlu menyediakan nota-nota mengenai konsep perkembangan kreativiti dan estetika kanak-kanak.

    Definisi Kreativiti dan Estetika

    Ciri Kanak-Kanak yang Kreatif


    Bab 2:  Konsep Seni Visual

    Bab 3:  Konsep Muzik dan Pergerakan
    Bab 4:  Konsep Sosiodrama
     
    Bab 5:  Konsep Seni Boneka

    Bab 6:  Konsep Sastera Awal Kanak-Kanak


    Setelah selesai menyediakan nota-nota mengenai kesemua konsep kreativiti dan estetika yang dikehendaki, saya menyediakan draft skrip untuk persembahan teater ini.  Sepanjang proses menyediakan saya telah menggabungkan beberapa kemahiran dalam cerita tersebut.  Gabungan tersebut menjadikan saya lebih kreatif dalam merangka sebuah teater kanak-kanak.  Cerita yang saya pilih adalah bertajuk "Kisah Bunga Matahari".  Kisah ini adalah diadaptasi daripada sebuah cerita kanak-kanak keluaran Majalah Pa&Ma.  Saya mengubahsuai cerita tersebut supaya bersesuaian untuk dijadikan teater kanak-kanak.

    Contoh Skrip "Kisah Bunga Matahari"


    WATAK dan PERWATAKAN

    BUNGA MATAHARI – Cantik tetapi sombong.
    BUNGA KERTAS – Rakan kepada Bunga Matahari. Sangat Cantik. Baik hati.
    PAK KASIM – Berusia melampaui 50 tahun. Suka Berkebun.
    MAK MUNAH – Berusia melampaui 50 tahun. Isteri Pak Kasim. Penyayang.
    AMIR – Berusia dalam lingkungan 10 tahun. Sangat nakal             
    HAKIM – Berusia dalam lingkungan 10 tahun. Sangat nakal
    MATAHARI – Hanya memancarkan cahaya ke seluruh alam
    CENDAWAN – Rakan kepada Bunga Matahari dan Bunga Kertas. Baik Hati
    ORANG 1 – Seorang wanita berusia 20an
    BUNGA-BUNGA LAIN – Sebagai latar sahaja yang terdiri daripada pelbagai jenis bunga seperti Bunga Mawar, Bunga Raya, Bunga Orkid dan sebagainya.

    MASA
    Waktu pagi (8.00 pagi)

    SETTING
    Di halaman rumah Pak Kasim di Kampung Pauh. Terdapat pelbagai jenis pokok dan bunga yang cantik dan berwarna-warni. Kokokkan ayam yang berlatar belakangkan sebuah rumah milik Pak Kasim dan Mak Munah.

    SUARA
    Mempunyai echo iaitu kicauan burung. Deruan angin sepoi-sepoi bahasa serta suara pepohon yang meliuk-liuk kerana ditiup angin. Suara orang lalu-lalang.

    Kelihatan seorang perempuan sedang memasuki pentas berjalan di hadapan rumah Pak Kasim dan terpegun melihat bunga-bunga yang tertanam di halaman rumah Pak Kasim.
    Perempuan 1 : (terpegun melihatnya sambil berhenti di hadapan rumah Pak
    Kasim) Cantiknya...Rajin betul Pak Kasim

    Bunga Matahari menyanyi:

    Pagi yang gelap kini sudah terang
    Aku yang cantik kini sedang kembang
    (Lagu : Pagi Yang Gelap, Kumpulan : Hujan)

    Bunga Matahari : (Ketawa bangga) Oh, cantiknya kelopakku. Harum. Berseri-
    seri

    Bunga Matahari : (Sombong sambil memandang Bunga Kertas) Ha, kakak tu
    puji aku.

    Bunga Kertas : (Tersenyum sinis) Yela..Aku tumpang gembira mendengar
    dia puji kau.

    Bunga Matahari : Huh! (Mencebik)

    Cendawan : (Mengangguk-angguk) Aku pun sama, Matahari.

    Bunga Matahari : (menggeleng-geleng sambil meninggi suara) Eh, aku je yang
    dipuji. Kalian ni menumpang je..

    Cendawan : (Perlahan sambil tergagap-gagap)Kau...kau jangan perasaanlah
    Matahari, kakak tu pun puji bunga-bunga yang lain.

    Bunga Matahari :(Tersenyum bangga kemudian ketawa) Ah! Aku lagi cantiklah

    Bunga-bunga lain : (Mengangguk setuju dengan cendawan)Ye..Ye
    Matahari : (memancarkan cahayanya keseluruh pelusuk alam di dunia termasuk
    ke halaman rumah Pak Kasim)

    Bunga Kertas : (Memandang Bunga Matahari yang cantik bersinar dipanah oleh
    Matahari)

    Pak Kasim memasuki pentas sambil berjalan-jalan mengelilingi halaman rumahnya.

    Pak Kasim : (Melangkah keluar dari rumahnya) Wah, cantik juga tanaman yang
    aku tanam rupanya. Alhamdulillah.
    (Menjerit sambil menoleh ke arah rumahnya) Maknya, oooo Maknya, marilah keluar sebentar. Saya ada sesuatu nak ditunjukkan ni pada awak.

    Mak Munah : (Tercunggap-cunggap) Aduh, abang ni saya kat dapur awak
    terjerit-jerit panggil saya. Kan saya sedang sediakan sarapan. (Membetul-betulkan kain batiknya yang hampir terlondeh).
    Ada apa bapanya ni?? Ada hujan duit turun dari langit?? (memandang Pak Kasim kemudian memandang langit sambil ketawa).

    Pak Kasim : Ish, awak ni mana...(ketawa sambil mencuit pipi isterinya manja).
    Bukanlah, ni ha cuba tengok bunga-bunga yang saya tanam ni semuanya menjadi dan berkembang cantik. (menunjuk-nunjuk ke arah semua bunga-bunga.

    Mak Munah : (Teruja dan mendekati Bunga Matahari sambil mencangkung)
    Amboi, cantiknya Bunga Matahari ni.

    Pak Kasim : (Mendekati isterinya sambil mencangkung)Ha’ah.
    Well, tengoklah siapa yang tanamkan(ketawa sambil mengangkat-angkat kening bangga) tetapi yang lain apa kurangnya.
    Mak Munah : (Tersenyum meluat) Perasan pula suami aku seorang ni. Masuk
    bakul angkat sendirlah tu.

    Pak Kasim : (Ketawa terbahak-bahak.)Hahahahaha....

    Mak Munah : (Terkejut sambil menjerit) Abang! Habislah hangus lempeng.
    Huh! (bangun dan berlari masuk ke dalam rumah.)

    Pak Kasim : (Ketawa dan mengekori isterinya masuk ke dalam rumah.) Kasihan.

    Matahari : (Masih memancarkan sinarannya.)

    Bunga Matahari : Ha! Tengok. Semua terpegun dengan kecantikkanku.
    (Tersenyum bangga sambil meliuk-liukkan kelopaknya.)

    Cendawan : Matahari, Matahari (Menggeleng-gelengkan kepalanya.) Tak habis-
    habis lagi ke kau nak berbangga??

    Bunga Matahari : (Tersenyum bangga)Tak. Kalau aku sorang-sorang kat sini
    lagi bagus (sambil menuding ke arah Bunga Kertas) kau ni menyemak je.

    Bunga Kertas : (Menunduk dan dalam nada yang sedih) Kau jangan kereklah
    Matahari. Nanti memakan diri. Aku tahu aku tak cantik tetapi aku bersyukur kerana Pak Kasim menjagaku dengan baik.

    Cendawan : (sambil mengangguk-anggukkn kepala.)Betul kata kau Kertas.

    Bunga Matahari : (Marah) Argh..Pak Kasim yang sepatutnya berterima kasih
    dengan aku. Aku cantik. Harum. Berseri-seri

    Bunga Kertas : Jangan sombong Matahari, kelak kau menyesal macam lagu
    Menyesal (sambil meliuk-liukkan badannya).
    (Menyanyikan serangkap lagu Menyesal) Terkadang ku menyesal....

    Bunga Matahari : Argh..diamlah kau (Marah)

    Bunga-bunga lain : (Ketawakan Bunga Matahari) Hahahahaha....

    Cendawan : (Memujuk) Jangan dilayan si Matahari tu Kertas, biarlah dia dengan
    rasa bongkaknya. Mungkin suatu hari nanti dia akan dapat balasannya.

    SUARA LATAR
    Bunyi tapak selipar orang berjalan dan bunyi budak-budak ketawa sambil menjerit-jerit

    SETTING
    Di hadapan pagar rumah Pak Kasim dan Mak Munah

    Kelihatan dua orang budak nakal iaitu Amir dan Hakim memasukki pentas dan sedang berjalan-jalan sambil memegang sebatang kayu di tangan mereka. Mereka berhenti di hadapan pagar rumah Pak Kasim dan Mak Munah.

    Amir : Eh, Eh, Stop!... (Berhenti secara tiba-tiba di hadapan rumah Pak Kasim)

    Hakim : (Terkejut sambil menggaru-garu kepalanya) Apa hal pula kau berhenti
    kat depan rumah Pak Kasim ni??

    Amir : Ish, kau ni (Menepuk bahu Hakim) Ha, nampak tak bunga tu??
    (menuding jari ke arah Bunga Matahari)

    Matahari : (Meliuk-liukkan kelopaknya dengan rasa bangga)

    Hakim : Mana?? Aku tak nampak pun. (tercari-cari)

    Amir : Kau ni kan....(Memalingkan kepala Hakim tepat ke arah Bunga Matahari)

    Hakim : Ha...dah nampak (Tersenyum malu).

    Mereka kemudiannya menyelinap masuk ke halaman rumah Pak Kasim dan Mak Munah.

    Amir : Cantiknya bunga-bunga kat sini. Macam-macam jenis bunga ada.
    (Menggelilingi halaman rumah Pak Kasim yang terdapat Bunga Kertas, Bunga Orkid, Bunga Mawar, Bunga Raya)

    Hakim : Ha’ah la Amir, macam-macam ada (Melawak).

    Amir : Geramnya aku tengok bunga ni (Menghampiri Bunga Matahari). Bunga
    apa ni ha Hakim?? (Menoleh ke arah Hakim)

    Bunga Matahari : (Berasa gelisah dan takut)

    Hakim : Yang tu?? (Menuding jari ke arah Bunga Matahari)

    Amir : Yup (Memerhatikan Bunga Matahari)

    Hakim : Oh... Tu Bunga Tahi Ayam la kalau tak silap aku.. (Teragak-agak)

    Matahari : (Menggeleng-gelengkan kelopaknya sebagai tanda protes)

    Amir : Aik, bukan Bunga Matahari ke?? (Mengenalpasti sambil memerhati
    Bunga Matahari)

    Hakim : Kau ni kan, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula
    (Marah). Yela tu, bentuk dah macam Matahari, Bunga Matahari la namanya. (Mendekati Amir sambil bernyanyi beberapa rangkap lagu Matahariku)
    Dengarkan Matahariku,
    Suara tangisanku,
    Kubersedih ker....
    (Berhenti nyanyi secara tiba-tiba)

    Amir : Dah..dah...Nak memekak pula dia. Dah la sumbang. Huh!(Menutup
    telinga)

    Amir dan Hakim mengelilingi halaman rumah Pak Kasim dan Mak Munah.

    Matahari : (Marah) Ada ke tadi cakap aku ni Bunga Tahi Ayam. Jatuhlah maruah
    aku.

    Kemudian, mereka memerhati dan membelek-belek Bunga Matahari kerana tertarik dengan kecantikkan kelopaknya.

    Bunga Matahari : (Gelisah) Ish, minta-minta budak-budak ni tak rosakkan
    kelopakku ni.

    Amir : Kim, jomlah kita togelkan Bunga Matahari ni. Biarkan tak ada kelopak
    (Menepuk bahu Hakim)

    Hakim : Kau tak takut ke nanti Pak Kasim keluar rumah nampak kita tengah
    kerjakan bunga dia??(Takut)

    Amir : Alaaa...Kau ni kan...Kita cepat-cepatlah cabut kelopak Bunga Matahari ni. Lepas itu, kita blalah(Dengan begitu yakin)

    Hakim : Ok...Ha, apa lagi jomlah (Sambil mencabutkan kelopak Bunga Matahari)

    Amir : Jom (Sambil mencabutkan kelopak Bunga Matahari)

    Bunga Matahari : (Meraung kesakitan) Aduh...Sakitnya... (Menjerit-jerit sambil menangis) Kertas, Cendawan tolonglah aku...

    Bunga Kertas : (Sedih) Maaf Matahari aku tak dapat tolong kau.

    Cendawan : (Sinis) Aku pun sama juga. Padan muka kau.

    Bunga Matahari : (Menangis dan meraung kesakitan)Aduh...

    Amir dan Hakim telah selesai melaksanakan kerja mereka.

    Amir : (Ketawa)Ha, padan muka kau Bunga Matahari. Sekarang kau dah togel.

    Hakim : (Ketawa) Hahahahahaha....

    Amir : Kim, jom cabut sebelum Pak Kasim atau Mak Munah keluar (berlari-lari
    sambil menarik tangan Hakim)

    Bunga Matahari : (Menangis sambil tertunduk) Kenapa mereka sanggup buat
    aku macam ni? Habis kelopakku gugur ke tanah.

    Bunga Kertas : (selamba) Kan aku dah cakap tadi, kau degil. Sekarang tengok
    apa dah jadi.

    Cendawan : (sinis) Itulah balasan orang yang sombong.

    Bunga Matahari : (menyesal) Aku minta maaf Kertas, aku minta maaf
    Cendawan. Aku dah menyesal sangat-sangat

    Bunga Kertas : (sedih) Dah lama aku maafkan kau tetapi kau dah terlambat.

    Cendawan : (simpati) Aku maafkan kau.

    Bunga Matahari : (menyanyi)

    Kelopak berseri ditubuhku
    Berguguran jatuh,
    Lalu sedihnya hatiku,
    Tak terkira,
    Kerna diri ini..
    Sudah tidak..
    Cantik lagi..
    (Lagu: Dugaan)

    Pak Kasim dan Mak Munah keluar dari rumah mereka untuk membersihkan halaman rumah. Tiba-tiba...

    Mak Munah : (terperanjat) Abang!! Mari sini cepat.

    Pak Kasim : (terkejut dan marah) Ya Allah, siapa punya kerja ni?? Ni mesti kerja
    Si Amir dan Si Hakim.

    Mak Munah : (berfikir) Apa kita nak buat ni bang??

    Pak Kasim : Kita cantas jelah Bunga Matahari ni dah tak da gunanya
    lagi kita jaga (mengambil gunting lalu mencantas Bunga
    Matahari)

    Mak Munah dan Pak Kasim : (bersedih sambil membersihkan kawasan yang kelopak Bunga Matahari bertaburan)

    Bunga Kertas, Cendawan dan Bunga-bunga lain : (bersedih atas kehilangan Bunga Matahari namun itu sebagai pengajaran kepada yang lain agar tidak sombong dengan kecantikkan masing-masing.)

    Tirai : Tirai ditutup dan lampu dipadamkan.

    Selesai menyediakan skrip, saya dan rakan-rakan mula menyiapkan  tugasan membina props.  Props ialah peralatan-peralatan yang diguankan untuk menjadikan tersembahan teater kelihatan lebih menarik.  Memandangkan kisah yang saya sediakan ini berkisar kepada bunga-bungaan dan manusia, ianya amat dekat dengan diri kanak-kanak.  Saya menyediakan props menggunakan warna yang menarik untuk merangsang penonto melihatnya.  Antara props utama yang sediakan adalah bunga raya, bunga matahari, pagar tanaman, bunga-bunga lain sebagai hiasan tambahan dan cendawan.  Begitu juga dengan props bahan maujud iaitu penyapu batang, kereta sorong, pencakar, penyodok dan basikal.
    SEMASA
    -Persembahan teater  kanak-kanak berlangsung pada 22hb April 2010 bertempat di Dewan Al-Farabi IPG Kampus Dato' Razali Ismail bermula jam 8.00 pagi.

    Gambaran sekitar persembahan teater tersebut:

    Sewaktu watak-watak utama sedang berlakon.

    Salah satu situasi 2 orang budak nakal ;)

    Antara bunga-bunga tambahan yang terlibat



    SELEPAS
    -Setelah selesai tugasan awal dan persembahan teater kanak-kanak, saya berasa terlepas satu beban kerana tugasan pada kali ini amat menguji mental, fizikal dan emosi saya.  Bukan mudah untuk melaksanakan tugasan ini, namun berkat kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi menjadikan proses sebelum dan semasa persembahan menjadi lancar dan licin.








    Read more...