CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

♥ OUR LOVE ♥

Daisypath Friendship tickers

Thursday, December 16, 2010

Mari Sedia Belajar Untuk Semester 5

Best Blogger Tips

Salam Mesra^^
Wee~ Cuti-cuti ni kan, saya tiada perkerjaan yang ingin dilakukan, jadi saya mengambil keputusan untuk mengkaji terlebih dahulu subjek yang bakal kita belajar sem depan.  Tidaklah kelam-kabut sangat, ye dok?
Adakah saya terlebih semangat? Tidak!! *Sekadar berkongsi*

Okeyh, berikut merupakan subjek yang bakal kita ambil utk sem5 2011 ;)

PRA 3109:  Kanak-Kanak Prasekolah Berkeperluan Khas



Kursus ini membincangkan secara am tentang kanak-kanak berkeperluan khas yang berada di prasekolah. Tumpuan kursus diberikan kepada faktor penyebab kepada kecacatan yang berlaku, klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas dan ciri-cirinya, strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. 

PRA 3110:  Pengurusan Prasekolah

Kursus ini mendedahkan kemahiran mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar merancang, menubuh  dan mengurus pusat pendidikan prasekolah. Pelajar juga merangka pelan bahagian dalam dan luar bangunan prasekolah serta merancang untuk menyesuaikan ruang-ruang  dalam serta luar bangunan prasekolah.

PJM 3112:  Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Kursus ini meliputi pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan; pentadbiran agensi-agensi sukan kebangsaan dan antarabangsa; pengurusan pendidikan jasmani dan sukan; pengurusan permainan tradisional; program pembangunan sukan; undang-undang dan pentadbiran sukan; isu-isu dalam sukan; nilai dan etika dalam sukan.

PRM 3103:  Apresiasi Nyanyian Muzik Prasekolah 



Kursus  ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehan dan minat untuk menyanyi lagu kanak-kanak dan dapat memilih lagu-lagu yang sesuai untuk nyanyian kanak-kanak prasekolah. Pelajar juga akan didedahkan dengan membentuk satu kumpulan koir kanak-kanak dan boleh menyanyikan lagu-lagu patriotik serta lagu-lagu tradisional.

EDU 3106:  Budaya Dan Pembelajaran
Kursus ini merangkumi  aspek sosio-budaya pelbagai kelompok  di Malaysia; gaya pembelajaran berdasarkan aspek kepelbagaian budaya; kemahiran berkomunikasi; kemahiran hubungan kelompok  serta isu-isu kepelbagaian budaya.

WAJ 3112:  Kokurikulum – Olahraga
Kursus ini meliputi pengetahuan umum, sejarah dan undang-undang; kemahiran asas acara-acara balapan dan padang; pengurusan ukuran balapan dan padang; pengelolaan kejohanan; pengurusan pasukan.

WAJ 3114:  Bina Insan Guru - (BIG) Fasa 2

Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang.  Penekanan utama kursus ini berkaitan dengan pembangunan insan guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti, guru dan akauntabiliti profesionalisme, aktiviti kemasyarakatan, jenis khidmat kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, berkauntabiliti dan amanah dan kreativiti dan inovatif.

PRK3101:  Praktikum 1

Praktikum adalah latihan praktik bertujuan menyediakan ruang kepada pelajar untuk memerhati, menilai amalan pengajaran dan pembelajaran. Latihan ini juga membolehkan pelajar merancang pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasi teori-teori yang dipelajari di Institut Pendidikan Guru (IPG) melalui bimbingan dan kolaborasi dengan guru pembimbing, pensyarah pembimbing dan rakan pelajar dalam pelbagai situasi. Praktikum 1 memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara terbimbing dalam situasi sebenar. Bagi 2 minggu pertama pelajar hanya mengikuti guru mata pelajaran membina RPH, BBM, mengurus kelas atau menjalankan pengajaran dan pembelajaran bersama guru dalam kelas.


Ha. . . Kita ada 6 subjek yang akan dilalui dalam waktu kuliah, yang lagi satu di sekolah kita berpraktikum dan satu lagi macam biasa la BIG....

Kini, kita sudah mengetahui apa yang akan dipelajari,
Yang menjadi tanda???
Persoalannya??

1)  Errr... macammane result exam kita?

2)  Siapakah lecturer yang akan mendidik kita semua?

3)  Tampuk pemerintahan sem5 2011. . .

4)  Bersediakah J.E.R.I.S kita utk berpraktikum. . .

5)  Destinasi percutian bersama tutor. . .

6)  Oh ya, azam anda semua apa ya??

Hee^^. . . cukup da ni rasanya apa yang menjadi persoalan di benak saya...
Anda bagaimana ye?

Mari kita buat study group kat blog ni untuk menjawab soalan-soalan yang telah dinyatakan. . .

Semoga kita semua dapat menghabiskan sisa-sisa percutian ini dengan kegiatan yang bermakna. Jangan sia-siakan masa yang ada ye. . .




0 ulasan: