CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

♥ OUR LOVE ♥

Daisypath Friendship tickers

Thursday, November 25, 2010

Semangat Ingin Tahu Kanak-Kanak. . .

Best Blogger Tips

Entry kali ini, membincangkan isu bagaimana mahu meningkatkan semangat ingin tahu dalam diri kanak-kanak prasekolah.  Sebagai bakal guru prasekolah, kita perlu bijak mereka aktiviti yang menarik minat kanak-kanak agar suasana pengajaran dan pembelajaran memberi makna buat mereka.

Apa yang ingin dikongsikan pada kali ini, merupakan tugasan amali PRA3107 yang ke dua.  Ditugaskan oleh Pn NorAsmah Bte Mohd Noor kepada unit kami.  Tugasan ini memerlukan contoh 1 aktiviti bagi setiap kumpulan.  

Mari kita sama-sama mengetahui aktiviti apa sebenarnya yang mampu meningkatkan semangat ingin tahu kanak-kanak ;)

LAPORAN AMALI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU POSITIF (SEMANGAT INGIN TAHU) KANAK-KANAK
Oleh Nur Fatiha Binti Azaim

Pendidikan Prasekolah adalah pendidikan asas yang penting kepada semua manusia di dunia ini.  Melalui prasekolah jugalah kanak-kanak belajar bagaimana mengawal emosi mereka serta pergaulan sosial dengan rakan-rakan sepermainan mereka.  Oleh itu, melalui perkembangan emosi, tingkah laku kanak-kanak dibentuk sama ada yang positif mahupun negatif.
Tingkah laku positif merupakan tingkah laku kanak-kanak merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini, kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap ingin tahu kanak-kanak akan membantu guru dalam merangsang pemikiran kanak-kanak dan penting dalam perkembangan kognitif mereka. Dengan sikap ingin tahu kanak-kanak ini, guru dapat membina aktiviti yang lebih melibatkan penerokaan kerana pada tahap ini, kanak-kanak akan suka pada aktiviti seperti ini.
Amali kali ini dijalankan pada 23 Ogos 2010.  Amali ini berlangsung di Dataran Ilmu IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.  Seramai 5 kumpulan membuat persembahan mengenai aktiviti yang bersesuaian untuk meningkatkan semangat ingin tahu kanak-kanak.
Berikut adalah laporan ringkas sepanjang persembahan amali tersebut:

Kumpulan 1
Ahli Kumpulan:  Aziah, Husna, Siti dan Zatil
Tajuk Aktiviti:  Konsep Cahaya


            Kumpulan ini memilih tunjang sains dan matematik sebagai medium untuk meningkatkan semangat ingin tahu kanak-kanak.  Melalui aktiviti yang mereka lalukan mereka cuba menerapkan unsur-unsur perkembangan emosi yang positif semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.



            Fokus aktiviti adalah merujuk kepada ST 5.1 iaitu meneroka fenomena alam yang dijumpai seperti cuaca, pelangi dan bayang-bayang.  Aktiviti pertama yang kumpulan ini lakukan adalah mengenai konsep pantulan cahaya.  Bahan yang mereka gunakan adalah cermin.  Aktiviti yang kedua pula adalah pembiasan cahaya, bahan yang mereka gunakan adalah bekas air, air dan sudu serta aktiviti yang ketiga adalah bayang-bayang.  Bahannya adalah anggota tubuh badan sendiri dan yang terdapat di persekitaran seperti bayang-bayang tiang dan pokok. 
Kumpulan 2
Ahli Kumpulan:  Faiz, Irwan, Aida dan Maria
Tajuk Aktiviti:  Konsep Larutan

            Kumpulan ini juga memilih topik dalam tunjang awal sains dan matematik sebagai aktiviti dalam meningkatkan semangat ingin tahu kanak-kanak.  Mereka menyatakan bahawa melalui aktiviti seperti yang dilakukan ini, kanak-kanak akan berasa lebih teruja untuk tahu dan meneroka memandangkan konsep larutan ini sering berlaku dalam persekitaran kehidupan kanak-kanak.


            Fokus aktiviti kumpulan ini adalah ST 4.0 Menyiasat alam bahan yang tertumpu kepada standard pembelajaran 4.1.3 iaitu mengasingkan bahan kepada yang boleh larut dalam air dan yang tidak boleh larut daam air.  Aktiviti pertama yang mereka lakukan adalah melarutkan gula ke dalam air dan dibandingkan dengan bateri yang diletak dalam air.  Aktiviti yang kedua pula adalah melarutkan garam ke dalam air dan dibandingkan dengan batu.  Melalui kedua aktiviti tersebut, dapat diperhatikan objek yang boleh larut atau tidak di dalam air.

Kumpulan 3
Ahli Kumpulan:  Ammar, Faiznur, Syazwani dan Zetty
Tajuk Aktiviti:  Konsep Magnet


            Seperti kumpulan sebelum ini, kumpulan ini juga memilih tunjang awal sains sebagai aktiviti meningkatkan semangat ingin tahu mereka.  Alasan mereka memilih aktiviti sebegini kerana berkait dengan iklan semasa yang mana iklan susu Essenstial yang terkenal dengan pelakon Wardina Saffiyah.  Pendapat mereka menyatakan, kanak-kanak mesti akan berasa teruja jika dapat melakukan sendiri aktiviti yang sering dilihat di televisyen.

            Fokus kumpulan ini juga adalah ST 4.0 Menyiasat alam bahan yang tertumpu kepada standard pembelajaran 4.1.5 iaitu menjalankan penyiasatan terbimbing kesan magnet ke atas objek.  Kumpulan ini tidak menyediakan aktiviti, namun menyediakan penerangan yang terperinci dan jelas bagaimana aktiviti ini boleh dilakukan di prasekolah.  Antara aktiviti yang dicadangkan mengenalkan kanak-kanak dengan magnet, kemudian menyediakan bahan-bahan yang boleh ditarik atau tidak boleh ditarik oleh magnet.  Guru boleh menyediakan bahan seperti skru, sudu dan paku untuk objek yang boleh ditarik oleh magnet, manakal kertas, pemadam dan tali untuk bahan tidak boleh ditarik oleh magnet.  Namun aktiviti seperti ini perlu dipantau oleh guru dalam menjamin keselamatan kanak-kanak.
            
Kumpulan 4
Ahli Kumpulan:  Firdaus, Hazwani, Ilham dan Sharifah
Tajuk Aktiviti:  Campuran Warna
Tunjang awal sains juga merupakan pilihan mereka untuk melakukan aktiviti yang dapat merangsang semangat ingin tahu kanak-kanak.  Pada pendapat mereka aktiviti ini bersesuaian kerana ringkas dan mudah disediakan oleh guru dan dilakukan oleh kanak-kanak.


Fokus kumpulan ini adalah ST 2.1 Membuat pemerhatian ke atas objek dan fenomena alam di persekitaran yang tertumpu kepada standard pembelajaran ST 2.1.1 iaitu memerhati dan mengenal warna-warna di persekitaran.  Aktiviti yang dilakukan adalah campuran warna dan memerhatikan warna yang terhasil.  Contoh warna yang dilakukan adalah hitam dan putih.  Hasil warna yang digabungkan tersebut adalah warna kelabu.
  
Kumpulan 5
Ahli Kumpulan:  Navindran, Wong, Anis, Fatiha dan Nafiqah
Tajuk Aktiviti:  Konsep Graviti


            Kumpulan ini juga mencadangkan aktiviti daripada tunjang awal sains.  Hal ini kerana aktiviti tunjang awal sains sangat sesuai dilakukan memandangkan fenomena alam sekeliling sentiasa berlaku dekat dengan kanak-kanak terutama mengenai graviti. 


            Fokus kumpulan ini adalah ST2.4 Membuat ramalan berdasarkan pengalaman lepas yang tertumpu kepada standard pembelajaran ST 2.4.2  iaitu membuat ramalan apa yang akan berlaku berdasarkan pengalaman yang lepas.  Aktiviti yang dilakukan adalah perbandingan objek yang akan akan jatuh dulu berdasarkan bahan kertas yang sama jenis dan berat namun satu kertas direnyukkan dan satu lagi berada dalam keadaan asal dan masih elok.  Berdasarkan pemerhatian, kertas yang direnyukkan jatuh terlebih dahulu.  Kemudian membandingkan bateri dan ranting kayu serta batu dan kertas.  Hasil aktiviti tersebut dapat dijelaskan kepada kanak-kanak bahawa daya graviti yang wujud dalam dunia ini menyebabkan objek yang berat akan jatuh dahulu berbanding objek yang ringan.

Berdasarkan amali yang kami lakukan, tunjang awal sains menjadi fokus utama untuk meningkatkan semangat ingin tahu kanak-kanak.  Hal ini mungkin disebabkan aktiviti awal sains sesuai dilakukan dalam usaha menggabungjalinkan perkembangan sosioemosi kanak-kanak.  Masih banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan dalam merangsang semangat ingin tahu kanak-kanak namun bergantung kepada kreativiti seorang guru itu untuk mencipta suasana pengajaran dan pembelajaran yang bermakna.
          
Mood: Excited ;)
 Semoga ianya memberi idea kepada ibu bapa, guru-guru prasekolah dan bakal guru dalam merancang aktiviti buat kanak-kanak. . .

0 ulasan: