CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

♥ OUR LOVE ♥

Daisypath Friendship tickers

Saturday, October 9, 2010

PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Best Blogger Tips

PERKEMBANGAN KOGNITIF (PRA3105)
BAB 1

1.0  Konsep Kognitif Kanak-kanak
2.0  Pengertian Kognitif
3.0  Teori-Teori Perkembangan Kognitif 
  • Piaget
  • Vygotsky
1.0  KONSEP KOGNITIF KANAK-KANAK
Kognitif adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan seseorang mengamati, mengetahui dan memahami sesuatu.  Ia menilai kebolehan seseorang terutama kanak-kanak berfikir, memberi alasan dan menyelesaikan masalah.  Ianya juga melibatkan pembentukan konsep, mengingati idea dan mengenal objek.  Beberapa penulis mendefinisikan kognitif sebagai aktiviti mental dalam mengenal dan mengetahui tentang dunia.
2.0  PENGERTIAN KOGNITIF
Mari kita melihat pendapat tokoh-tokoh terdahulu mengenai perkembangan kognitif kanak-kanak:
  • Morgan ( 1986 ) menyatakan kognitif sebagai proses berfikir di mana informasi dari pancaindera di transformasi, dielaborasi, diperbaiki dan digunakan. Secara ringkasnya dapat di terangkan bahawa kognitif adalah sebagai pemprosesan informasi tentang apa yang di perhatikan oleh pancaindera.
  • Santrock ( 1986 ) mendefinisi kognitif kepada aktiviti mental di mana informasi masuk ke dalam fikiran, disimpan dan di transformasi serta di panggil kembali dan digunakan dalam aktiviti kompleks seperti berfikir.
  • Feldman ( 1994 ) menyatakan bahawa perkembangan kognitif adalah proses yang mana fahaman kanak-kanak mengenai dunia berubah mengikut tahap umur dan pengalaman.
  • Asmawati Desa ( 2004) menyatakan bahawa teori-teori kognitif pula cuba menerangkan tentang peningkatan intelek dari segi kualiti dan kuantiti yang berlaku semasa perkembangan seseorang berlaku.
Kesimpulannya, kognitif merujuk kepada intelek atau pemikiran individu (Spodek dan rakan-rakan 1987).  Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat.  Dengan kata lain, perkembangan kognitif adalah suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak.
Sebagai ibu bapa dan guru prasekolah, kita perlulah mengetahui penanda aras atau lebih dikenali sebagai milestone perkembangan kanak-kanak yang normal sebelum mendidik dan mengasuh mereka mengikut perbezaan individu. 
Lazimnya, kanak-kanak yang normal akan mengalami pertumbuhan kognitif yang hampir sama, perbezaannya hanya cepat atau lambat kanak-kanak tersebut menjalani pertumbuhan dan perkembangan kognitifnya.
Oleh itu, mari kita lihat dengan lebih lanjut penanda aras mengenai perkembangan kognitif kanak-kanak:

UMUR
HURAIAN
0-6 bulan

       Merenung ke arah objek yang bergerak
       Menumpukan perhatian kepada objek pelbagai bentuk dan cuba mencapainya
       Menyukai warna-warna terang dan menumpukan perhatian terhadap objek berwarna
       Memegang dan menggigit objek.
7-12 bulan

       Mula memahami konsep ruang contoh boleh mengambarkan ruang yang besar.
       Mengenali saiz, warna dan bentuk sesuatu objek dalam persekitarannya contoh mengenali botol susu atau mainan sendiri
       Memahami konsep kedalaman dengan menunjukkan rasa takut jatuh dari tempat tinggi
        Boleh memahami konsep pengekalan objek dengan mencari objek yang hilang dari pandangan
       Cuba memadan bentuk dengan acuan
       Boleh bermain permainan mudah seperti tepuk tangan, tunjuk anggota badan

1-2 tahun

       Boleh memahami rutin harian
       Mula memahami hubungan antara dua objek contoh sikat untuk rambut (fungsí), pinggan dan sudu (pasang)
       Menerokai barangan dan menjatuhkan barangan ke lantai berulangkali.
       Mengikuti dan meniru gerak geri orang dewasa.
       Boleh mengingat perkara yang telah berlaku seperti balik kampung jumpa nenek, pergi supermarket, naik kereta
       Boleh membezakan  kuantiti: banyak-sedikit. Saiz: Besar- kecil.  Bilangan: Satu, banyak, ada, tiada, habis. Kuantiti (air, pasir, makanan, minuman - penuh, separuh).
       Boleh menyebut konsep seperti besar, kecil, jauh, dekat, tinggi, rendah, dan sebagainya. 
2-4 tahun
       Selalu mengemukakan soalan, ‘apa tu? kenapa?’ kerana ingin tahu
       Selalu meminta dibacakan cerita dan mahu cerita kegemaran dibacakan berulangkali.
       Boleh menceritakan semula tetapi sering keliru di antara realiti dan fiksyen.
       Boleh mengira dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
5-6 tahun
       Mula memahami dan menggunakan idea abstrak atau simbolik
       Rasa ingin tahu semakin mendalam yang diikuti dengan minat untuk mencuba setiap perkara baru.
       Boleh mengenal unsur persamaan, perbezaan dan corak.
       Mula mengkaji, mencuba dan menggabungkan pelbagai strategi, cara dan teknik untuk menyelesaikan masalah
       Memahami dan mengingat, mengaitkan dan menggunakan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang lepas dan sekarang dalam menyelesaikan masalah.
       Mula bertanya soalan-soalan tentang mengapa dan bagaimana sesuatu perkara berlaku.
       Menggunakan ICT
       Berfikir secara analogi dan deduktif
       Membuat pengamatan dan analisis
       mengaitkan objek / situasi
       Boleh membilang nombor yang kecil
       Boleh membanding bilangan, saiz dan isipadu (contoh lebih besar, lebih banyak)
       Boleh memahami  konsep prasains (misalnya air mengalir, pasir diisi dalam bekas, haiwan dan tumbuhan, jarak dan masa).
       Boleh mengaitkan sebab dan akibat melalui soalan-soalan mengapa? Bagaimana?
       boleh membuat pilihan dan keputusan sendiri contoh memilih baju atau makanan
       Boleh memerhati objek dan kejadian dengan rasa ingin tahu
       Boleh menggunakan pengetahuan dan pengalaman dalam situasi baru
       Pemikiran logik
1.  mengelas objek
2. banding / ukur
3. atur objek ikut siri
4. tahu corak dan boleh membentuknya semula
5. sedar konsep masa dan urutan
6. sedar kedudukan dalam ruang
7. boleh memadan
8. boleh guna nombor dan mengira
       Pewakilan dan pemikiran simbolik
1.  boleh main peranan
2.  main olok-olok
3.  meniru lagak dan gaya
4.  boleh berimaginasi
       Boleh berfikir secara analogi dan deduktif, membuat pengamatan dan analisis
       Boleh mengaitkan masa dengan rutin harian

Berdasarkan jadual di atas, dapatlah kita fahami bahawa kanak-kanak akan melalui proses perkembangan kognitif.  Sedar atau tanpa sedar, anak-anak kecil semuanya sama, cara pengasuhan yang membuatkan mereka berbeza.  Banyak faktor-faktor yang membentuk diri kanak-kanak.  Namun, ibu bapa dan gurulah insan terdekat yang akan mencorakkan mereka ke arah yang lebih seimbang dan harmonis.

3.0  TEORI-TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

Pada masa dahulu, apabila soal sikap dibincangkan, manusia sama sekali tidak dikaitkan dengan bidang psikologi walaupun kajian terhadapnya telah dilakukan sekian lama. Pada awalnya, idea-idea ahli psikologi memikirkan tingkah laku manusia adalah dipengaruhi oleh naluri, diikuti puladengan teori tingkah laku yang mengatakan manusia menghasilkan tingkah laku adalah kesan daripada pembelajaran kerana manusia dianggap seperti mesin dan minda manusia adalahkosong. Namun, setelah timbul kesedaran bahawa otak manusia adalah berfungsi untuk melahirkan tingkah laku, maka lahirlah teori-teori yang mengkaji bagaimana minda manusia memainkan peranannya. 
Antara teori yang tidak asing lagi dalam arena kognitif ini adalah teori perkembangan kognitif yang dikaji oleh JEAN PIAGET (selalu sangat dengar dah) dan LEV VYGOTSKY (popular dengan ZPD-nya).  Oleh itu, mari kita sama-sama mengetahui apa yang dikaji oleh kedua tokoh ini.
  • JEAN PIAGET (1896-1980)
-Seorang ahli biologi Swiss yang terkenal
-Kajian beliau meliputi bahasa, pengetahuan matematik, hubungan ruang dan psikologi kanak-kanak.
-Piaget mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu.
  1. Kematangan biologi:  Proses pemikiran dipengaruhi oelh faktor baka/ genetik.
  2. Interaksi individu dengan persekitaran:  Proses memahami perkara-perkara yang berlaku (dapat meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati)
  3. Pengalaman sosial:  Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran spt ibu bapa, adik beradik, guru, jiran, rakan-rakan dan sebagainya.
  4. Keseimbangan:  Salah satu cara yg digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami.
-Menurut Piaget (1930), perkembangan kognitif berlaku melalui skema.  Skema adalah bentuk asas pengetahuan manusia.  Kana-kanak mula membentuk skema dari saat kelahiran.  Perkembangan kognitif berlaku dalam dua proses iaitu Organisasi (penyusunan dan pembentukan skema) dan Adaptasi.

-Adaptasi terbahagi kepada:
a)  Penyerapan (Asimilasi):  berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan  cuba menyesuaikan pengalaman ini dengan skema-skema sedia ada.
 Contoh:  Dalam mengenal huruf, kanak-kanak mungkin akan menyatakan "d"sebagai "b" apabila diperkenalkan.  Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak cuba memadankan pengetahuan baru ini dengan skema lama yang telah ada.
  
b)  Pengubahsuaian (Akomodasi)berlaku apabila individu dapaat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru.  Individu akan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru.

Contoh:  akomodasi berlaku apabila kanak-kanak dapat menganal dan membezakan "d"daripada "b".

- Piaget juga menyatakan bahawa proses mengorganisasi, mengasimilasi dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan.  Individu akan terus menguji minda mereka untuk mencapai keseimbangan.

-PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET

      1.  Peringkat Sensorimotor (lahir-2 tahun):  
-Bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya.  Skema-skema yang terbentuk adalah hasil interaksi bayi dengan persekitaran. 
-Peringkat sensori motor adalah peringkat di mana bayi  mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema tingkah laku yang membolehkan mereka meneroka dan mengetahui tentang persekitaran mereka.
-Contoh:  menggunakan mulut untuk merasa objek dan mengkoordinasi mata dan tangan untuk mencapai objek. 

2.  Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun): <- kanak-kanak Prasekolah
- Kanak-kanak mula menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru.  Kanak-kanak boleh menggambarkan dan merancang pergerakan/ aktivit dengan menggunakan minda untuk membentuk skema.
-Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental.  Simbol yang digunakan termasuklah bahasa, isyarat, gambar dsb. 
-Antara kebolehan lain:
-Permainan membayangkan (pretend play):  mengambil watak kartun/ karakter hiduo seperti Power Rangers, Tuan Puteri, ibu, doktor, guru dsb.  Mereka juga memberi ciri benda hidup kepada benda ukan hidup spt hari hujan sebab hari menangis.
-Pemikiran Intuitif:  pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata.  Mereka masih belum berupaya berfikir secara logik dan rasional.
-Menunjukkan sikap Egosentrik: kanak-kanak melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri.  Kanak-kanak selalu menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan perspektif yang sama dengan mereka.
3.  Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun) 
-Pemikiran menjadi semakin fleksibel, logikal dan tersusun tetapi masih terhad kepada sesuatu yang maujud.
-Memahami konsep pengekalan objek.
Menerima perbezaan diri sendiri dengan pendapat orang lain.

4.  Peringkat Operasi Formal (11 tahun dan ke atas)
-Mula boleh berfikir dan mempertimbangkan sesuatu masalah.
-Apabila perkembangan kognitif meningkat, mereka mula berupaya untuk berfikir secara abstrak.

  • LEV VYGOTSKY (1896-1934)
-Nama penuhnya Lev Semenovich Vygotsky
-Berasal dari Russia.
-Terkenal dengan teori sosiobudaya.
- Vygotsky, memberi alternatif kepada idea Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak dimana ianya menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak.
-Menurut beliau, pemikiran kanak-kanak akan berkembang akibat daripada pergaulan dengan orang lain.  Pergaulan dan interaksi ini selalunya berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan daripadanya.
-Peringkat perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua peringkat:
-Peringkat sosial:  Maklumat/ pengetahuan individu diperoleh melalui interaksi individu dengan individu lain yang berada di persekitaran seperti ibu bapa, adik beradik, guru, rakan-rakan, jiran dsb.
-Peringkat individu (peribadi): Kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu.

-Zon Perkembangan Proksimal (ZPD)
Kepentingan interaksi dalam perkembangan kognitif kanak-kanak digambarkan oleh Vygotsky dalam Zon Perkembangan Proksimal a.k.a ZPD ( Zone of Proximal Development).  Ia adalah istilah yang digunakan oleh beliau untuk menerangkan kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.

HAD ATAS
-Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir.

Contoh:  Boleh membuat penambahan angka 1-1000 dengan sendiri hasil bimbingan orang yang lebih mahir.,
ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL
Contoh:  Membuat penambahan angka 1-1000 dengan bantuan guru atau rakan sebaya yang lebih mahir.
HAD BAWAH
-Kemahiran yang boleh/ telah dicapai sendiri oleh kanak-kanak.  Pengetahuan sedia ada kanak-kanak.

Contoh:  Kanak-kanak sudah mahir menambah angka 1-100 (Pengetahuan sedia ada/ sudah dikuasai)

-Perencah/ Scaffolding
Konsep Scaffolding ini berkait rapat dengan idea ZPD.  Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan.  Semasa proses pengajaran berlaku, individu yang lebih berkemahiran spt ibu bapa dan guru akan mengubah suai tahap bantuan/ bimbingan mengikut keupayaan pelajar.
-Perbualan merupakan alat penting semasa proses scaffolding sekaligus membantu kanak-kanak menyusun konsep-konsep baru secara lebih sistematik dan bermkana dengan bantuan individu yang lebih mahir.

UJI MINDA!!
-Nyatakan implikasi Peringkat Pra Operasi dalam Peringkat-peringkat perkembangan kognitif Piaget dan Teori Vygotsky ke atas proses pengajaran dan pembelajaran.

0 ulasan: