CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

♥ OUR LOVE ♥

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, October 19, 2010

PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

Best Blogger Tips

PENGENALAN

Penekanan kepada pergerakan kini banyak tertumpu kepada potensi nilai pendidiknya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan dan potensi sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni.  Matlamat pendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan adalah untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang berkaitan bagi membantu pelajar untuk mencapai keupayaan sebagai warga negara yang bertanggungjawab dan penyumbang yg aktif dalam masyarakat.

Pengetahuan asas dalam pergerakan terbahagi kepada tiga, Pergeakan Asas, Pendidikan Pergerakan dan Pendidikan Pergerakan Kreatif.  Namun, apa yang ingin saya kupaskan pada nota kali ini adalah tertumpu kepada Pergerakan Asas sahaja.  Pergerakan asas yang penting menjadi kata kunci dalam aktiviti pergerakan ialah berjalan, berlari, melompat, skip dan sebagainya.

Pergerakan ini umum dikaitkan dengan pendidikan jasmani.  Pergerakan asas terbahagi kepada dua iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.   Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang memerlukan individu bergerak dari satu tempat ke tempat lain dan pergerakan lokomotor terbahagi kepada dua jenis iaitu lokomotor ritma sekata dan lokomotor ritma tidak sekata, manakala pergerakan bukan lokomotor pula merupakan pergerakan yang tetap atau statik di sasuatu tempat pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku Contoh pergerakan lokomotor ritma sekata yang biasa dilakukan merupakan berjalan, berlari, merangkak dan sebagainya manakala pergerakan lokomotor ritma tidak sekata pula seperti gallop, skip dan lain-lain.  Pergerakan bukan lokomotor seperti imbangan, duduk, mendekam dan lain-lain.

Pada semester yang lepas, unit kami telah dikehendaki melakukan amali pergerakan asas.  Amali ini memerlukan saya melakukan rancangan pengajaran aktivitipergerakan lokomotor dan bukan lokomotor berserta dengan kemahiran manipulasi alatan yang tertentu dengan cara yang betul dan selamat.  Amali ini bertujuan memberi pendedahan kepada saya mengenai konsep pergerakan asas yang betul sebelum bergelar guru kelak.  Selain itu, ianya bertujuan membantu menguatkan otot supaya lebih cergas, membantu saya menyedari ruang, tempat, imbangan dan koordinasi untuk bergerak tanpa membahayakan diri serta menguji komitmen diri saya dalam melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sempurna.

TUGASAN AMALI

Berikut merupakan penjelasan dan kriteria yang dikehendaki dalam aktiviti amali pergerakan asas yang telah saya lakukan.



Kemudian, saya menyediakan sebuah jadual bagi menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang saya akan lakukan.



Setelah selesai, kesemua pergerakan yg saya nyatakan di atas perlu membuat penjelasan untuk setiap satunya.

Salah satu contoh yang saya sediakan:
 Contoh penerangan bagi pergerakan bukan lokomotor.


Contoh penerangan bagi pergerakan lokomotor.

Contoh penerangan bagi pergerakan lokomotor bersama manipulati alatan.  (Saya memilih tali skipping)

Seterusnya, saya dikehendaki menyediakan pelan kedudukan demonstrasi pergerakan asas.

Contoh pelan kedudukan demonstrasi pergerakan asas.
Kesimpulannya, tugasan amali yang diberikan ini memberi peluang untuk lebih memahami pengetahuan asas tentang pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor besertad engan kemahiran manipulasi sesuatu alatan.  Amali ini mampu merangsang daya kreativiti sayay dalam menggayakan pelbagai bentuk kemahiran tersebut namun masih mementingkan keselamatan diri.  Selain itu, pergerakan asas ini juga mengajar saya supaya mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran asas yang betul sebelum menjadi guru kelak.  
RUJUKAN
Wee Eng Hoe (1994) , Pengajaran Pendidikan Jasmani. Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd








0 ulasan: