CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

♥ OUR LOVE ♥

Daisypath Friendship tickers

Friday, October 22, 2010

ASSIGMENT PRA3108

Best Blogger Tips


Pada 16/8/2010 yang lalu, unit PISMP Prasekolah telah menerima tugasan kerja projek mengenai subjek ini. Objektif projek ini adalah kami perlu membuat kajian terhadap Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dalam tunjang kerohanian, sikap dan nilai.

Menurut Imam Al-Ghazali, kanak-kanak adalah umpama permata yang belum dibentuk. Ibu bapa adalah bertanggungjawab untuk membentuknya menjadi berkilau. Dalam era globalisasi, ibu bapa tidak lagi bersendirian mendidik anak-anak. Sebahagian besar tugas ibu bapa kini dikongsi bersama guru-guru di prasekolah, tadika dan sebagainya. Justeru, pembentukan sahsiah individu seperti penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai perlu disemai secara terancang oleh guru-guru prasekolah dalam melazimkan kanak-kanak dengan amalan Kerohanian dan Moral yang baik untuk membentuk modal insan yang holistik dan berdaya tahan.

Oleh itu, tugasan ini memerlukan kami mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber mengenai teori-teori perkembangan kerohanian kanak-kanak mengikut agama , teori perkembangan moral oleh Jean Piaget dan Kohlberg.

Antara sumber yang kami perolehi antaranya dari buku tersebut:

Buku ini praktikal dan sesuai bagi panduan para guru, pengasuh dan juga ibu bapa dalam proses mendidik kanak-kanak supaya menjadi insan beradab dan berpendidikan.

Walaupun setiap kanak-kanak itu unik dan mempunyai potensi yang berbeza-beza, namun proses perkembangan adalah sama bagi setiap kanak-kanak. Ianya melibatkan 4 aspek utama iaitu perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Setiap perkembangan yang berlaku kepada kanak-kanak adalah saling mempengaruhi dan berkait dengan kerohanian.

Teori Perkembangan Moral Kanak-Kanak 

1.  Teori Psikoanalisa (Sigmund Freud)
    -Definisi moral bagi Freud adalah merangkumi aspek-aspek seoerti bertanggungjawab pada sesuatu tingkah laku, mematuhi peraturan dan undang-undang, membuat keputusan dan penilaian moral yang bersesuaian.  Beliau berpandangan, pertumbuhan moral kanak-kanak berkembang sejajar dengan perkembangan jasmani, kognitif dan emosi mereka.  Dalam teori psikoanalisa, pengalaman awal kanak-kanak dan desakan dalaman mempengaruhi tingkah laku mereka menjadi fokus utama.  Desakan-desakan dalam diri ini terdiri daripada id, ego dan superego.  Ketiga-tiga desakan ini akan mempengaruhi individu itu.
    Desakan-desakan dalaman yang harus diperhatikan oleh ibu bapa dan guru dalam membentuk perkembangan kerohanian moral kanak-kanak.


    TEORI PERKEMBANGAN MORAL










    Peringkat Permbangan Moral Individu (Saya nyatakan sebagai panduan utk kanak-kanak sehingga 12 tahun sahaja-masih ada beberapa peringkat lagi)
    Teori Freud menegaskan tentang pentingnya interaksi awal kanak-kanak dengan ibu bapa.  Beliau juga menerangkan mengenai unsur-unsur dalaman yang merangsang tingkah laku dan cara bertindak anak dengan persekitaran yang menjadi penentu moraliti individu.

    2.    Teori Kognitif (Jean Piaget)

    -Perkembangan moral berkaitan dengan aturan-aturan dan ketentuan tentang apa yang seharusnya dilakukan oleh orang dalam berinteraksi dengan orang lain. Kebanyakkan pakar mempelajari tentang bagaimana anak-anak kita berfikir, berkelakuan dan menyedari tentang aturan-aturan tersebut. Terdapat dua kajian yang dilakukan oleh Piaget (1932) mengenai perkembangan moral kanak-kanak dan remaja iaitu membuat pemerhatian terhadap sejumlah kanak-kanak yang bermain sambil mempelajari bagaimana mereka bermain dan memikirkan tentang peraturan-peraturan permainan. Selain itu, Piaget menanyakan kepada kanak-kanak tentang natijah-natijah apabila kanak-kanak melakukan kesalahan seperti mencuri, berbohong, hukuman dan keadilan.

    Hasil daripada kajian beliau, Piaget menyimpulkan bahawa kanak-kanak berfikir dengan dua cara yang sangat berbeza mengenai perkembangan moral kerana pemikiran ini bergantung kepada tahap perkembangan mereka. Dua cara tersebut ialah Heteronomous Morality dan Autonomous Morality.

    Penerangan ringkas mengenai Teori Perkembangan Kognitif-Moral Piaget

    3.  Teori  Perkembangan Moral (Lawrence Kholberg)

    -Teori perkembangan moral Kohlberg (1986) lebih memfokuskan kepada penaakulan moral peringkat awal remaja dan dewasa. Beliau berpandangan bayi dan kanak-kanak masih tidak mampu menaakul dan mencapai nilai moral yang sebenar. Kohlberg menekankan bahawa perkembangan moral didasarkan terutama pada perkembangan moral dan perkembangan berlaku secara peringkat iaitu daripada awal remaja sehingga dewasa.

    Penaakulan moral bergantung kepada perkembangan akal dan keupayaan menaakul seseorang. Oleh itu, keupayaan menaakul berkembang seiring dengan perkembangan logiknya. Penaakulan moral Kohlberg terbahagi kepada tiga peringkat dan setiap peringkat dipecahkan kepada dua tahap.

    Teori Penaakulan Moral Kohlberg



    Setelah selesai tugasan mengenai penghasilan teori perkembangan moral, saya perlu menyediakan bahan bant mengajar yang sesuai untuk mengajar topik Asas Bahasa Al-quran dan Moral.
    Bahan bantu mengajar yang saya sediakan adalah carta bergambar huruf hijaiyah, kad imbasan huruf jawi dab nombor dalam bahasa arab serta bahan multimedia seoerti audio dan video huruf hijaiyah dan bacaan surah-surah lazim.

    Gambaran keseluruhan imej Kiosk 4

    Gambar sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di Prasekolah Al-Falah berlangsung menggunakan bahan bantu mengajar saya.

    Gaya penulis sewaktu sedang mengajar kanak-kanak prasekolah (memang enjoy habis!!)
    Giliran anees pula mengajar (cikgu yg sangat comel dan cute~)
    Gaya murid-murid Prasekolah Al Falah yang begitu bersungguh-sungguh menyanyi. 

    video
    Video mengajar huruf hijaiyah


    Begitulah sedikit sebanyak nota, panduan dan kisah yang dapat dikongsikan untuk kali ini bagi assigment PRA3108.

    0 ulasan: