CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

♥ OUR LOVE ♥

Daisypath Friendship tickers

Sunday, September 26, 2010

Perkembangan SosioEmosi Kanak-Kanak

Best Blogger Tips

Salam, lama rasenya tidak mengupdate blog ni.. sibuk sangat. xsempat nak uruskan blog ni.. apapun, ada benda yg saya ingin kongsi buat kali ni harap dapat membantu guru pelatih unit prasekolah utk terus meneroka ilmu kanak-kanak..
Amali tunjang keterampilan-perkembangan sosioemosi merupakan satu tunjang yang wajib diambil dlm sem 4, maka.. apa yg telah dilakukan oleh unit kami dalam sem ini, kami berbesar hati ingin berkongsi sesama kita semua..
apa yang terkurang, mita dimaafkan.. namun, apa yg baik, kita sam2 kongsi, semoga berjaya menjadi guru yg dapat mendidik anak bangsa...

AMALI TUNJANG KETRAMPILAN- PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

KUMPULAN/ MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

KUMPULAN 1

Nor Aziah

Nur Husna Zatil Aqmar

Siti Rohaya

PSE 1.1 Mengenali emosi sendiri

PSE 1.2 Mengurus emosi sendiri

-Menyediakan persembahan power point yang melibatkan topik ini.

-Menjalankan aktiviti mengenal emosi dengan menyediakan beberapa gambar emosi muka bentuk kartunis. Guru pelatih meneka dengan tepat dan dapat diperhatikan bahawa emosi guru pelatih stabil kerana memberikan respons yang cukup memberangsangkan.

-Kumpulan ini juga menyediakan beberapa contoh situasi yang biasa dihadapi oleh setiap manusia. Guru pelatih berbincang dan menyatakan pendapat masing-masing mengenai emosi yang ditonjolkan sesuai mengikut situasi.

-Kumpulan ini menyediakan beberapa hasil lukisan kanak-kanak. Guru pelatih memberi komen dan penjelasan yang berkait dengan gambar dan emosi yang cuba ditampilkan melalui hasil lukisan tersebut.

-Aktiviti seterusnya yang dijalankan oleh kumpulan ini adalah dengan menghendaki setiap guru pelatih melukis kenangan terindah, manis dan tidak dilupakan di atas sebuah kertas dan setelah itu perlu menjelaskan apa yang tersirat.

-Kesimpulannya, aktiviti PSE 1.1 dan PSE 1.2 ini penting diperkenalkan kepada kanak-kanak untuk membantu membentuk emosi mereka selain mengenal pasti dan mengenal diri sendiri dalam membentuk konsep kendiri yang positif.

Tarikh:

21 Julai 2010

Hari:

Rabu

Tempat:

BK5

Aida menyatakan pendapat mengenai emosi yang ditayangkan di power point.

Irwan menceritakan apa yang tersirat dan apa yang tersurat di sebalik hasil lukisannya.

KUMPULAN 2

Mohd Irwan

Muhd Faiz

Maria

Siti Aida

PSE 1.3 Mengenali emosi orang lain

PSE 2.1

Membina konsep kendiri

-Menyediakan persembahan power point serta disertakan dengan persembahan video yang menarik membuka minda guru pelatih bahawa melalui cerita kartun, terdapat mesej emosi yang dapat disampaikan melalui mimik muka kartun tersebut.

-Melakukan aktiviti sesi mengenal kelebihan dan kelemahan diri. Beberapa orang guru pelatih dipilih untuk berkongsi cerita mengenai diri sendiri. Aktiviti seperti ini membantu

rakan-rakan mengenal pasti emosi sahabat-sahabat selain membantu meningkatkan kelebihan dan mengatasi kelemahan diri.

-Kesimpulannya, aktiviti PSE 1.3 dan PSE 2.1 penting diterapkan ke dalam diri kanak-kanak agar mereka boleh memahami dan mengenal emosi sendiri dan orang lain supaya dapat mencapai kesempurnaan konsep kendiri.

Tarikh:

21 Julai 2010

Hari:

Rabu

Tempat:

BK5

Gaya pembentang, Maria dan Faiz

Navin berkongsi cerita mengenai kelebihan dan kelemahan dirinya.

KUMPULAN 3

Nadira Anis Sharina

Nur Fatiha

Nurul Nafiqah

Navindran

Wong Yuan Shenq

PSE 2.2 Membina semangat dan sikap yang positif

PSE 2.3

Membina keyakinan untuk berkomunikasi

-Menyediakan persembahan power point. Namun menampilkan sedikit kelainan dengan menyediakan huraian sukatan dengan lebih terperinci.

-Menerangkan kepentingan membina semangat dan sikap positif dalam diri kanak-kanak.

-Menyediakan aktiviti mengenal Siapa Saya. Aktiviti ini menghendaki beberapa guru pelatih berlakon mengenai sifat-sifat positif dan rakan-rakan yang lain perlu meneka sifat-sifat yang ditonjolkan berdasarkan lakonan tersebut.

-Menerangkan kepentingan membina keyakinan untuk berkomunikasi dalam diri kanak-kanak. Komunikasi penting untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam suasana kondusif selain menjadi medium meluahkan perasaan dan membantu semua deria kanak-kanak berfungsi dengan baik.

-Menjalankan aktiviti Catatan Kembara. Aktiviti ini menghendaki guru pelatih keluar ke hadapan kelas sambil membawa barang yang mempunyai nilai dalam kehidupan peribadi. Seterusnya, mereka dikehendaki bercerita segala kisah yang berkaitan dengan barang tersebut.

-Contoh barang tersebut beg oleh Muhammad Faiz, telefon bimbit oleh Mohd Ammar, beg duit oleh Nur Hazwani, kamera oleh Mohd Firdaus dan kereta oleh Navindran dan Nadira Anis Sharina.

-Aktiviti seperti ini membantu kanak-kanak berkeyakinan untuk bercakap di hadapan orang ramai berdasarkan barang kesayangan yang dimilikinya. Selain itu, guru-guru boleh mengenal pasti emosi dan latar kehidupan kanak-kanak berdasarkan aktiviti Catatan Kembara ini.

-Kesimpulannya, aktiviti PSE 2.2 dan PSE 2.3 ini penting diterapkan dalam diri kanak-kanak kerana bersikap positif dalam kehidupan sangat penting dalam kehidupan dalam membentuk komunikasi dengan penuh keyakinan.

Tarikh:

25 Julai 2010

Hari:

Ahad

Tempat:

H4

Pembentangan kumpulan ke 3

Antara lakonan guru pelatih prasekolah

Tokoh yang paling berkeyakinan, Ammar sewaktu aktiviti Catatan Kembara

KUMPULAN 4

Faiznur Aini

Mohd Ammar

Siti Syazwani

Zetty Akthar

PSE 2.4

Membina kebolehan mengawal diri

PSE 3.1

Memahami keperluan, perasaan dan pandangan orang lain

-Menyediakan persembahan power point, sebuah cerita dan pelbagai situasi yang mungkin berlaku semasa guru pelatih bergelar guru kelak.

-Kisah Paku dibacakan kepada guru pelatih. Setelah selesai, perbincangan secara terbuka dan perkongsian pendapat berlaku. Interaksi berlaku secara aktif dan memberangsangkan.

-Menyediakan beberapa situasi dan guru pelatih perlu melakonkannya. Setelah selesai lakonan tersebut, guru pelatih berkongsi pendapat dan berbincang mengenai kepentingan kebolehan mengawal diri dalam diri kanak-kanak.

-Situasi 1:

Kelihatan Aida dan Anis sedang bermain

Tiba-tiba datang Irwan mengganggu mereka bermain

-Situasi 2:

Aziah dan Ilham baru tiba di kelas

Suasana kelas ketika itu hingar-bingar

-Aktiviti yang kedua ini juga menyediakan beberapa situasi yang perlu dibincangkan terhadap asalah yang biasanya dihadapi oleh kanak-kanak.

-Situasi 1:

Syazwani menangis di dalam kelas dengan kuat sekali kerana tidak membawa pensil warna ke sekolah bagi subjek Pendidikan Seni.

Cikgu seni iaitu Ammar bertanya kepada Syazwani mengapa menangis?

Syazwani tetap menangis tanpa menghiraukan pertanyaan cikgu Ammar tadi.

Rakan Sazwani, Faiznur memberitahu kepada cikgu Ammar bahawa Syazwani tidak membawa pensil Warna.

-Situasi 2:

Siti Rohaya membawa KFC ke sekolah sebagai bekal.

Manakala rakan-rakan yang lain hanya membawa jemput-jemput dan ubi rebus sahaja.

Apabila waktu rehat, Siti Rohaya menayangkan KFCnya dengan lagak sekali

Rakan-rakan lain hanya memandang dengan perasaan terliur dan menunduk malu.

-Kesimpulannya, PSE 2.4 dan PSE 3.1 perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak agar mereka ada sikap mampu mengawal kebolehan diri sekaligus memahami keperluaan perasaan dan pandangan orang lain.

Tarikh:

28 Julai 2010

Hari:

Rabu

Tempat:

H4

Pembentang kumpulan ke 4

Situasi 1 PSE 2.4

Situasi 1 PSE 3.1

KUMPULAN 5

Ilham

Mohd Firdaus

Nur Hazwani

Sharifah

PSE 3.2

Menggunakan kemahiran sosial dalam interaksi

PSE 3.3

Menyelesaikan konflik yang berlaku semasa aktiviti kelas

-Menyediakan persembahan power point yang berkaitan dengan pembentangan ini.

-Menyatakan konsep dan perkara yang berkaitan dengan kemahiran sosial dalam diri kanak-kanak ini.

-Aktiviti kedua yang dijalankan oleh kumpulan ini dengan menyediakan beberapa situasi, guru pelatih perlu berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan tersebut.

-Situasi 1:

2 orang pelajar bergaduh di dalam kelas, apakah tindakan guru.

-Situasi 2:

Seorang pelajar menangis kerana lukisannya ditertawakan oleh rakan-rakannya yang lain, tindakan guru.

-Situasi 3:

Seorang pelajar tidak mahu menyertai aktiviti, tindakan guru.

-Banyak pendapat dan pandangan yang dikongsikan bersama oleh guru pelatih dan pensyarah.

-Kesimpulannya, aktiviti PSE 3.2 dan PSE 3.3 penting diterapkan dalam kanak-kanak agar mereka boleh berinteraksi dengan baik disamping mampu menyelesaikan konflik yang dihadapi dalam diri.

Tarikh:

28 Julai 2010

Hari:

Rabu

Tempat:

H4

Gaya pembentang kumpulan ke 4

Pensyarah yang sentiasa memberikan pandangan yang bernas. Sungguh berkaliber.

Disediakan Oleh:

Nur Fatiha Binti Azaim

AJK Subjek PRA3107

0 ulasan: