CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

♥ OUR LOVE ♥

Daisypath Friendship tickers

Thursday, May 20, 2010

PROSES PIAWAIAN NCTM DAN KAITAN DENGAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH

Best Blogger Tips

PERKEMBANGAN KOGNITIF (PRA3105)

BAB 3

PENGENALAN

-PnP Math menekankan pembelajaran dengan kefahaman dan kemahiran memahami prosedur, konsep dan proses.
-Keberkesanan pengajaran math akan membantu murid-murid:
• Mengembangkan pengetahuan yang fleksibel
• Mengaitkan kehidupan antara topik math dengan kehidupan seharian
• Mengaplikasikan pembelajaran math dalam kehidupan seharian
PROSES PIAWAIAN NCTM
1. PENYELESAIAN MASALAH (PROBLEM SOLVING)
-Merupakan elemen utama dalam pembelajaran math.
-Melibatkan proses memperolehi jawapan dan bagaimana murid-murid mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
-Membentuk pembelajaran bermakna.
-Kepentingan penyelesaian masalah kepada murid-murid prasekolah:
• Membentuk konsep dan pengetahuan mengenai math
• Mencungkil semangat ingin tahu murid-murid ketika menyelesaikan masalah.
• Membentuk sikap bekerjasama sesama murid-murid.
• Melihat proses penyelesaian masalah bukan hasilnya semata-mata.

2. SEBAB/ AKIBAT (REASONING)
-Pemikiran yang logik merupakan langkah untuk memahami dan menyelesaikan masalah mengenai math.
-Sebab dan akibat berkait rapat dengan perkembangan intelektual antara murid-murid sekaligus membantu kemahiran berkomunikasi dan bersosial.
-Kepentingan sebab/ akibat kepada murid-murid prasekolah:
• Merangsang murid-murid untuk meramal dan membina pendapat dalam menyelesaikan masalah.
• Melatih murid-murid mahir dengan bahan maujud dan teknologi.
• Membantu murid-murid kenal pasti, mengembangkan ramalan dan membina kemahiran tentang math melalui pemikiran logik.

3. KOMUNIKASI (COMMUNICATIONS)
-Komunikasi merupakan langkah untuk murid-murid berkongsi idea dalam memahami konsep matematik.
-Proses komunikasi ini melibatkan aktiviti mendengar, bercakap, membaca dan berfikir sekaligus membantu mengembangkan kemahiran intelektual murid-murid.
-Corak komunikasi atau intereaksi yang biasa dapat dilihat di prasekolah adalah interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan-bahan di sekeliling mereka.
-Jenis aktivti yang boleh dilakukan pula secara bertulis dan lisan. Antara aktiviti bertulis seperti membuat latihan, membina projek dan menghasilkan buku skrap, manakal aktiviti lisan seperti bercerita, kuiz soal jawab, perbincangan dan persembahan hasil kerja.
- Kepentingan komunikasi kepada murid-murid prasekolah:
• Membentuk keyakinan dalam diri murid-murid.
• Melatih murid-murid menjadi pendengar yang aktif.
• Membina kefahaman murid-murid mengenai math dengan lebih mendalam.
• Menjana minda murid-murid untuk mengaitkan idea-idea baru dengan kehidupan seharian.

4. HUBUNGAN/ HUBUNG KAIT (CONNECTIONS)
-Math merupakan satu komponen kognitif yang sentiasa mengaitkan pengetahuan sedia ada murid-murid dengan idea-idea yang baru.
-Sebagai seorang guru prasekolah, langkah-langkah pnp perlulah saling berkait antara konsep matematik dengan kehidupan seharian murid-murid.
-Antara langkah pengajaran dalam menghubung kait ini, guru bolehlah merancang aktiviti yang mengalakkan murid-murid berfikir secara individu, bertukar pendapat bersama pasangan kemudian berkongsi bersama rakan-rakan sekelas. Selain itu, aktiviti perlulah menggunakan kesemua deria murid-murid dalam meneroka pembelajaran math serta menyediakan aktiviti math melalui pendekatan pengajaran yang berbeza.
-Kepentingan hubungan/ hubung kait kepada murid-murid prasekolah:
• Membantu murid-murid menyedari bahawa matematik sentiasa bersepadu dan mempunyai hubungan dengan kehidupan seharian.
• Membina kemahiran berfikir murid-murid.
• Meningkatkan semangat bekerjasama dan bertukar-tukar maklumat untuk pembelajaran yang bermakna.

5. GAMBARAN (REPRESENTATIONS)
-Gambaran merupakan proses piawaian NCTM yang memaparkan konsep atau perhubungan semasa proses menyelesaikan masalah dengan hasilnya.
-Hal ini bermakna, gambaran membantu murid-murid mencari perkaitan idea math dengan kehidupan seharian sama ada secara informal, pemikiran abstrak dan melalui intuisi.
-Gambaran menjadi lebih efektif dan bermakna jika murid-murid memahami konsep math dengan baik hasil pengajaran guru dan penerokaan murid-murid itu sendiri mengenai math.
-Kepentingan gambaran kepada murid-murid prasekolah:
• Menjana murid-murid berfikir secara konkrit ke abstrak.
• Membantu proses penyelesaian masalah.
Sumber Rujukan:
-Standard Kurikulum Matematik
-Nota-nota pensyarah IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

2 ulasan:

Julia said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

terima kasih ...saya nak wat amali fail ni...heheh...singgah r blog saya erk..wasalam

-syira- said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

thanxx..:)