CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

♥ OUR LOVE ♥

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, April 15, 2009

PENDEKATAN MELALUI BERMAIN (pra2)

Best Blogger Tips


DEFINISI

Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang informal, menyeronokkan, bebas dan selamat. Melalui pendekatan ini murid boleh bermain dan berinteraksi dengan bahan, orang lain atau secara bersendirian.

Pendekatan ini penting kerana:
>Bermain adalah fitrah semulajadi kanak-kanak
>Kanak-kanak boleh meneroka, membuat inkuiri penemuan, menyelesaikan masalah dan
memperolehi pengalaman tanpa disedari
>Dapat memberi peluang kanak-kanak melahirkan perasaan dan pemikiran
>Dapat mengembangkan kemahiran bahasa, literasi, kemahiran sosial dan kefahaman budaya
>Kanak-kanak boleh mengambil risiko dan kesilapan
>Membantu perkembangan mereka secara menyeluruh serta memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan efektif.

JENIS MAIN

Terdapat pelbagai jenis main yang boleh dijadikan aktiviti pnp prasekolah. Antaranya:
>Main Sosial (Social Play)
>Main Kognitif (Cognitive Play)
>Main Sosiodrama (Sociodramatic Play)

1. MAIN SOSIAL (SOCIAL PLAY)
Main sosial berlaku apabila kanak-kanak bermain bersama kumpulan atau berada dalam lingkungan kawasan permainan. Main sosial juga berlaku apabila kanak-kanak bermain secara bersendirian atau berinteraksi dengan bahan.

>Unoccupied Play
Murid tidak bermain dengan apa-apa alatan atau sesiapa dalam kumpulan tetapi berada dalam kawasan permainan

>Onlooker Play
Penglibatan murid dalam permainan ini adalah minimum dan mereka lebih banyak memerhati rakan yang lain bermain. Mereka mungkin kelihatan pasif tetapi peka terhadap permainan tersebut

>Soliditary Play
Murid tersebut bermain sendirian tanpa menghiraukan rakan dan sekelilingnya

>Parallel Play
Murid tersebut bermain bersendirian dengan menggunakan alatan dan cara yang sama dengan rakannya

>Associative Play
Murid bermain secara berkumpulan menggunakan perlatan yang sama tetapi tiada matlamat dan peranan ditentukan

>Cooperative Play
Murid bermain dalam kumpulan dan bekerjasama capai satu matlamat

2. MAIN KOGNITIF (COGNITIVE PLAY)
Dalam main kognitif, murid menggunakan bahan konkrit untuk memperolehi pengetahuan dan meningkatkan perkembangan kognitif, sosioemosi, psikomotor dan kreativiti.

Beberapa kategori Main Kognitif

>Functional Play
Permainan ini berkait rapat dengan peringkat perkembangan sensori motor kanak-kanak dan melibatkan pengulangan pergerakan

>Main Games And Rules
Kanak-Kanak bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan. Tingkah laku mereka semasa bermain adalah mengikut had dan peraturan permainan tersebut

>Main Simbolik
Permainan ini melibatkan penggunaan imaginasi dan mein peranan. Kanank-kanak menggunakan sesuatu objek lain untuk mewakili objek sebenar. Contoh: kotak dianggap sebagai kereta dan bongkah sebagai rumah

>Main Konstruktif
Kanak-kanak bermain untuk membina pengtahuan dan mengenali dunia mereka. Kanak-kanak menggunakan pelbagai bahan untuk enghasilkan ciptaan mereka seperti istana pasir, bangunan dan sebagainya mengikut kreativiti masing-masing.

3. MAIN SOSIODRAMA
Permainan ini melibatkan interaksi verbal antara kanak-kanak untuk melakonkan watak-watak dalam permainan tersebut. Dua kategori permainan sosiodrama adalah seperti berikut:
>Main sosiodrama yang melibatkan peristiwa harian yang benar dan realistik
>Main sosiodrama fantasi dan imaginasi kanak-kanak

Sumber: Siri Panduan Guru Prasekolah, Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan PnP yang Menyeronokkan dan Bermakna (Jilid 1)